I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 21, 2009

Alahai..kengkawan dah blik..Aku bila lg??


Penghujung 2009, Damanhur ku rasakan begitu sunyi..dengan kepulangan rakan-rakan seperjuangan ke tanah air baik yang bercuti mahupun yang sudah menamatkan pengajian. Sedikit cemburu kurasakan terhadap mereka yang sudah menamatkan pengajian. Ada diantara mereka yang telahpun meraih ijazah sarjana muda seusia denganku, sedang aku baru melangkah ke tahun kedua pengajianku di Al-Azhar.

Alhamdulillah..Aku sangat bersyukur kepada Allah Tuhanku Yang Agung, walaupun aku hanya di kurniakan 'najah' dengan taqdir 'maqbul'. Aku berazam untuk memperbaiki prestasiku, tahun kedua pengajianku ini dengan 'taqdir' yang lebih baik..'JAYYID JIDDAN', itulah targetku. Perkara yang susah dan hampir mustahil dicapai jikalau mengikut 'mindset' pelajar-pelajar Malaysia di Al-Azhar. Namun, tiada yang mustahil bagi Allah Penguasaku, "اذا أراد شياء ان يقول له كن فيكون" semudah itu bagiNya jika Dia Yang Maha Pemurah mahu mengurniakanku jayyid jiddan. "من جد وجد" ini yang harusku pegang.

Kepada yang sudah menamatkan pengajian, ku ucapkan tahniah, dengan pesanan agar ilmu yang ditimba di Al-Azhar tidak disia-siakan dan di manfaatkan untuk diri dan masyarakat sekitar. Juga ijazah ini bukanlah suatu noktah perjuangan menimba ilmu, Ilmu Allah itu luas dan tidak akan habis di timba. Pulangnya kita ke tanah air memikul amanah yang besar. Mendidik ummah menyambung risalah kenabian. "العلماء ورثة الأنبياء".

Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang termasuk diriku, teruskan perjuangan mulia ini, jangan merasa lemah dan putus asa, "لا تيئسوا من رحمةالله". Perjuangan mulia ini tidak tersia walaupun sesaat. Ayuh sahabat-sahabat, perbaiki diri, It's not how good we are, it's how good we want to be. Sirru ala barakatillah.....

1 comment:

Andak Ros said...

Tok leh baca... guna font apa ni?.. balik tak balik anggaplah balik jugok...