I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 31, 2009

Ruginya!!!

31 julai 2009
4.25 pm

Sesudah selesai menunaikan solat fardhu Jumaat, ku atur langkah untuk pulang ke kompleks. Terik mentari menyebabkan aku mengubah haluanku ke Ridz cafe. Tambahan pula perut turut berkeroncong minta untuk di isi, menguatkan lagi hasratku untuk terus menuju ke Ridz cafe.

Aku terlambat ke jamek lantaran tidur, ku tiba di jamik serentak dengan bermulanya khutbah kedua. Sebagai ganjarannya, aku terpaksa menikmati kepanasan mentari musim panas sambil berpura-pura khusyuk mendengar khutbah.

Setelah selesai solat, tanpa segan dan silu aku bangkit dan terus angkat kaki. Tak tertanggung rasanya diri menahan panas. Terlalu kesal ku rasakan terhadap diriku, kerana sudah menjadi kebiasaanku, tinggal diam di jamik meneruskan i'tikaf sambil menghisab diri setelah selesai solat Jumaat.

Inilah bahana terlambat menghadiri Solat Jumat, ruginya aku terlepas fadhilat besar di penghulu hari. Kegagalanku dalam mengatur masa mungkin mnyebabkan aku hilang naungan arsy di akhirat kelak. Aku masih gagal menjadi pemuda yang terpaut hatinya dengan masjid. Kepanasan dunia menyebabkan aku terlupa kepanasan Mahsyar. Ya Allah Maha Mulia..ampuni hamba hina..Wahai Yang Maha Gagah..ampuni hamba lemah..

No comments: