I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 6, 2008

setelah sekian lama

Setelah sekian lama tidak menulis, terlalu sibuk dengan urusan untuk berangkat ke bumi Nabi Musa dan Nabi Harun alaihima as solatu wa as salam..begitu kecewa rasanya dengan keputusan kerajaan membatalkan muadalah di antara semua kolej-kolej di bumi bertuah Malaysia ini dengan universiti tertua di dunia itu. Permintaan pasaran terhadap pelajar agama adalah minimum katanya. Terasa sangat diri ini di zalimi. Selepas STAM di jadikan syarat, sekarang terus di sekat. Mana mungkin di sebuah negara Islam pelajar di bidang pengajian Islam kurang di perlukan khidmatnya. Di dalam keadaan umat yang lemas di landa gelombang kejahilan, golongan veteran dengan cara mereka, pemuda pemudi harapan bangsa karam di lautan nafsu sendiri, golongan yang di harap2kan sebagai penyelamat pula di karamkan bahtera mereka. Oh Malaysia!! Adakah golongan pelesit di jalanraya yang kita harapkan akan memimpin negara uatu hari nanti?? Adakah pemudi yang tiada berpakaian dan membuang anak akan memimpin kaum hawa suatu hari nanti?? Jangan di karamkan bahtera penyelamat ini, masuklah bersama-sama hai sang pemerintah..cuba perbaiki kepincangan, tampal kebocoran..hanya Islam dan Imanlah yang berupaya mengekang gelojak hawa nafsu yang tidak pernah serik, hanya taqwa akan men jadikan seseorang itu bertanggungjawab menjaga amanah yang di pikul. Kerana tidak takutkan tuhan mereka bertindak di luar batasan kemanusiaan. Jika mahu di pelihara negara ini, peliharalah ia dengan Islam, Iman, dan Taqwa.

No comments: