I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 13, 2008

antara Mawi, Adi Putra, Nor Amira & Amalina

Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahupun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh.. dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezeki yg kebanyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas
dari belenggu syariat... namun kini telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan.. . tidak hairan para remaja mula berhujah: 'masuk universiti tak dapat keje.. apa ada pada nilai ilmu?..Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak.. lebih kaya dari lulusan universiti'. .. sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana .. ada seorang insan comel bernama Adi Putra... Punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walaupun seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama.. tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak 'media' dan'pemimpin' kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya'terer' dlm satu bidang saja.. perlu diingatkan profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan? ... kalau adapun x banyak.. (?) tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi...pelbagai alasan dibuat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5tahun...
dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ...peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas...cerita itu terus sepi...'media' dan 'pemimpin' kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat, ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar
negara (sekarang dah tak pakai tudung) (?!), Ok juga media dan pemimpin
kita kan ?...inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya. ..sama-sama kita renungkan: Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beripeluang...tapi mereka tidak mendapat apa-apa privilege.

MAWI membawa bangsa kita leka, lalai dan berseronok dengan hiburan maka dia mendapat tempat dan penghargaan. Sebab tiada membawa apa2 mesej Islam...maka mesti di beri sokongan. Dengan itu dapatlah kita faham...bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam 'hiburan' dan 'menolak syariat'. Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat dan memperjuangkan islam..awas!! anda adalah musuh bangsa dan negara Islam Hadhari ini..(pelik!!)
hmm, apa pandangan anda?...

1 comment:

pujaanseven said...

engkau betul la BOB... 100%