I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 4, 2008

Jom heboh..makin heboh!!

Alhamdulillah..sejuk mata hamba membaca perkhabaran dari sebuah akhbar maya, kenyataan dan teguran Sahibus Samahah mufti kerajaan negeri Perlis Darul sunnah tentang 'Jom Heboh'.
Pernah juga hamba bertandang ke 'Jom Heboh' ini di negeri Perak, walaupun pada ketika Sahibus Samahah Tuan Muftinya sendiri mengharamkan program tersebut. Sebagai seorang yang sayangkan pemuda pemudi negara, kecewa hamba melihatkan telatah mereka di situ,lebih barat mereka dari orang2 barat. Hamba mengharap dan menunggu2 suatu suara yang berpengaruh menegur tentang perlaksanaan 'Jom heboh'. Alhamdulillah...Tuan Mufti yang hamba kira begitu berpengaruh dan punyai kredibiliti sudahpun bersuara. Adakan Jom Heboh tana konsert katanya, ataupun konsert itu mestilah terkawal dan tidak begitu LIAR keaadaannya. Begitu juga dengan aktiviti2 yang di lihat memperlekehkan akal dan pemikran rakyat (hamba kurang faham yang 1 ini), hendaklah di hentikan. tidak terlepas juga perkara khurafat dan tahyul yang merosakkan akidah dan pegangan muslim, perlu di hapuskan. Hamba mengharap pihak berkenaan ambil serius kenyataan beliau. Sayangilah pemuda pemudi harapan kita. Adakanlah program2 yg bermanfaat bagi mereka, dunia dan yang terlebih penting dan utama ialah Akhirat. Jangan biar mereka terus leka dengan yang di cipta, sehingga terlupa kepada Yang Mencipta, jangan biarkan mereka terus menghina diri mereka dengan maksiat, sedang Allah sudah memulia mereka dengan agama. Jangan biarkan mereka terus derita di dera nafsu dan syaitan laknat, sehingga hilang peluang mereka untuk mengecap nikmat di negeri yang tiada penamat.Wallahu a'lam. Ya Allah, ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku dan seluruh muslimin dan muslimat. Kami menzalimi diri kami Ya Allah..andai kau tak ampuni dan rahmati, alangkah ruginya diri kami ya Allah. Bagilah kami (pemuda pemudi Islam), hidayah supaya kami sedar siapa kami dan kekuatan utk istiqamah di atas kesedaran tersebut.Aminn..

No comments: