I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 22, 2009

Ringkasan Hukum Memberi Salam Kepada Yang Bukan Mahram (Ajnabi)

Hukum wajib menjawab salam sering di salahgunakan oleh segelintir pemuda yang mahu memikat atau mengganggu 'awek'. " Assalamualaikum cik adik, tak jawab dose", adalah antara ayat famous yang sering digunakan oleh mereka. Begitu juga sebaliknya, tetapi amatlah jarang berlaku lelaki yang di ganggu perempuan. Mari kita lihat apa kata Imam Al Nawawi berkenaan dengan perkara ini.

Berkata Imam Al Nawawi: " Jika seseorang perempuan yang ajnabi(bukan mahram) itu cantik dan di takuti timbul fitnah dengannya(memberi salam kepadanya) maka tidak boleh diberi salam kepadanya. Jika si lelaki memberi salam, tidak harus bagi si perempuan menjawabnya. Jika si perempuan yang memberi salam, tidak wajib di jawab oleh si lelaki malah makruh bagi si lelaki menjawab salam tersebut. Jika wanita yang sudah tua dan tidak bimbang timbulnya fitnah maka di haruskan dia memberi salam kepada lelaki dan harus juga si lelaki menjawab salam tersebut".

Apa pula yang di maksudkan dengan timbul fitnah? jika di lihat mendatangkan keinginan syahwat, kalau dah lihat susah nak berpaling..nilah yang dikatakan fitnah. so..hukum wajib menjawab salam tidak terpakai dalam situasi ini. Kepada pemuda2 di luar sana, kalau nak tackle awek nak jadikan calon isteri, gunalah jalan yang betul..

Bakal menyusul...hukum bagi salam seorang lelaki kpd sekumpulan wanita dan sebaliknya.. :)

sumber: "أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام" karangan Syekh Atiyyah Saqr.

Saturday, November 21, 2009

Ringkasan hukum berkaitan memberi salam

Sudah di ketahui umum, sunat hukumnya memberi salam dan wajib menjawabnya. Tetapi, tahukah kita terdapat beberapa keadaan yang tidak di sunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab dalam keadaan-keadaan tersebut. Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti berikut:

1) Orang yang sedang berwudhuk
2) Orang yang sedang berada dalam bilik mandi@tandas
3) Orang yang sedang makan
4) Orang yang sedang membaca Al-Quran
5) Orang yang sedang berkhutbah dan mereka yang mendengarnya
6) Guru yang sedang mengajar dan mereka yang mengikuti pengajian
7) Orang yang sedang melaungkan azan dan iqamah
8) Orang yang sedang Qadha Hajat (buang air besar @ kecil)
9) Orang yang sedang solat


Sekian..akan menyusul hukum perempuan atau lelaki memberi salam kepada mereka yang bukan mahramya..(ajnabi).

sumber: "أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام" karangan Syekh Atiyyah Saqr.

Alahai..kengkawan dah blik..Aku bila lg??


Penghujung 2009, Damanhur ku rasakan begitu sunyi..dengan kepulangan rakan-rakan seperjuangan ke tanah air baik yang bercuti mahupun yang sudah menamatkan pengajian. Sedikit cemburu kurasakan terhadap mereka yang sudah menamatkan pengajian. Ada diantara mereka yang telahpun meraih ijazah sarjana muda seusia denganku, sedang aku baru melangkah ke tahun kedua pengajianku di Al-Azhar.

Alhamdulillah..Aku sangat bersyukur kepada Allah Tuhanku Yang Agung, walaupun aku hanya di kurniakan 'najah' dengan taqdir 'maqbul'. Aku berazam untuk memperbaiki prestasiku, tahun kedua pengajianku ini dengan 'taqdir' yang lebih baik..'JAYYID JIDDAN', itulah targetku. Perkara yang susah dan hampir mustahil dicapai jikalau mengikut 'mindset' pelajar-pelajar Malaysia di Al-Azhar. Namun, tiada yang mustahil bagi Allah Penguasaku, "اذا أراد شياء ان يقول له كن فيكون" semudah itu bagiNya jika Dia Yang Maha Pemurah mahu mengurniakanku jayyid jiddan. "من جد وجد" ini yang harusku pegang.

Kepada yang sudah menamatkan pengajian, ku ucapkan tahniah, dengan pesanan agar ilmu yang ditimba di Al-Azhar tidak disia-siakan dan di manfaatkan untuk diri dan masyarakat sekitar. Juga ijazah ini bukanlah suatu noktah perjuangan menimba ilmu, Ilmu Allah itu luas dan tidak akan habis di timba. Pulangnya kita ke tanah air memikul amanah yang besar. Mendidik ummah menyambung risalah kenabian. "العلماء ورثة الأنبياء".

Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang termasuk diriku, teruskan perjuangan mulia ini, jangan merasa lemah dan putus asa, "لا تيئسوا من رحمةالله". Perjuangan mulia ini tidak tersia walaupun sesaat. Ayuh sahabat-sahabat, perbaiki diri, It's not how good we are, it's how good we want to be. Sirru ala barakatillah.....

Friday, July 31, 2009

Ruginya!!!

31 julai 2009
4.25 pm

Sesudah selesai menunaikan solat fardhu Jumaat, ku atur langkah untuk pulang ke kompleks. Terik mentari menyebabkan aku mengubah haluanku ke Ridz cafe. Tambahan pula perut turut berkeroncong minta untuk di isi, menguatkan lagi hasratku untuk terus menuju ke Ridz cafe.

Aku terlambat ke jamek lantaran tidur, ku tiba di jamik serentak dengan bermulanya khutbah kedua. Sebagai ganjarannya, aku terpaksa menikmati kepanasan mentari musim panas sambil berpura-pura khusyuk mendengar khutbah.

Setelah selesai solat, tanpa segan dan silu aku bangkit dan terus angkat kaki. Tak tertanggung rasanya diri menahan panas. Terlalu kesal ku rasakan terhadap diriku, kerana sudah menjadi kebiasaanku, tinggal diam di jamik meneruskan i'tikaf sambil menghisab diri setelah selesai solat Jumaat.

Inilah bahana terlambat menghadiri Solat Jumat, ruginya aku terlepas fadhilat besar di penghulu hari. Kegagalanku dalam mengatur masa mungkin mnyebabkan aku hilang naungan arsy di akhirat kelak. Aku masih gagal menjadi pemuda yang terpaut hatinya dengan masjid. Kepanasan dunia menyebabkan aku terlupa kepanasan Mahsyar. Ya Allah Maha Mulia..ampuni hamba hina..Wahai Yang Maha Gagah..ampuni hamba lemah..

'KERISAUAN OGOS'

31 Julai 2009

6.00 am

Keheningan pagi di bumi Cairo menggerakkan hati ku untuk kembali menulis. Hidup di musim panas di bumi Mesir ini menyebabkan aku hampir terlupa akan kenikmatan tidur. Mata ini sudah lama tidak dapat ku lelapkan di waktu malam, di sengkang bahang yang seolah-olah tiada belas kasihan. Tambahan pula kerisauan di benak fikiran, memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal menjelang.

Julai dan Ogos, adalah bulan-bulan yang paling menggentarkan hati kami pelajar Universiti Al Azhar. Termasuk diriku, yang merupakan pelajar tahun 1 jurusan Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Damanhur. Tidak keruan hatiku mengenangkan keputusan yang bakal menjelang. Jerih payah yang dilalui beberapa bulan yang lalu akan di ketahui hasilnya sedikit masa lagi. Adakah aku bakal menyambung pengajianku di tahun 2? Ataupun kembali berjuang di tahun 1? (au’zubillah).

Program-program musim cuti, samada berbentuk ilmiah atau sukan, sedikit pun tidak mengurangkan kerisauanku. Mungkin mereka yang tidak pernah menempuh alam pengajian di Universiti Al –Azhar merasa hairan tertanya-tanya, mengapa kami begitu bimbang tentang keputusan peperiksaan kami. Susah untuk ku ceritakan, keajaiban Al-Azhar. Yang dirasakan boleh lulus dengan cemerlang, terkadang gagal. Yang dirasakan gagal, boleh lulus walau tidak kategori cemerlang.

Inilah waktu bagi kami mempergiatkan doa, agar keputusan yang akan di tatapi nanti bakal mengalirkan air mata kegembiraan, mampu membuatkan kedua orang tua tersenyum bangga. Allahumma ija’lna min an najihin wal faizin..

Saturday, May 16, 2009

Jarum pemusnahan Aqidah Islamiyyah

Keberadaan di bumi Mesir tidak membuatkan aku terkecuali dari serangan hidonisme yang menerjah pemikiran dan Iman. Berbagai bentuk serangan samada bebrbentuk lagu, filem-filem, drama dan yang sewaktu dengannya menyerang kami yang bergelar azhari. Apa sahaja yang terdapat di Malaysia mudah didapati di sini malah lebih advance. Yang tidak pernah ku temui di tanah air juga mudah didapati disini. Lagu yg tak pernah aku dengar...filem atau drama yang tak pernah aku tengok..semua ada.. (Hasil usaha download yang tak putus2) kebetulan pula aku juga termasuk dalam salah seorang penggemar filem. Walaupun bukan semua, tetapi agak banyak filem atau drama yang aku layan. Baru selesai menonton drama Supernatural yang ber-season2 dan ber-episod2. Mengisahkan adik beradik Winchester, Sam dan Dean yang mewarisi kerjaya ayah dan ibunya sebagai hunter (pemburu) benda mistik dan ghaib (hantu la tu). sebuah drama yang aku dh layan sejak di Malaysia. Pada asalnya niat di hati hanyalah utk berhibur dan release skit2 tension, tapi setelah tontonan demi tontonan, aku mula sedari yang drama yang ku tonton ini merupakan JARUM YAHUDI YANG DI SUNTIK utk merosakkan AQIDAH umat Islam..mana tak nya..Ritual2 pemujaan yang di buat dengan begitu detail, mantera yang di baca, itu belum cerita bab Neraka, Apocalypse, Malaikat yang berlaku belot kpd Tuhan?? Syaitan yang mampu bunuh Malaikat. Semuanya jelas dan nyata BERCANGGAH DAN JAUH TERPESONG dari landasan aqidah Islamiyyah yang betul. Cuba kita bayangkan yang menonton itu kanak2, remaja or maybe golongan dewasa yang agak goyah pegangan Aqidahnya sedikit sebanyak sudah tentu terpengaruh dan lebih teruk lagi mempercayainya (Nauzubillah). Di sini jauh dari sudut hati, aku menyeru kpd rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam berhibur. Ibu bapa di nasihatkan agar memantau bahan tontonan anak-anak. Ingatlah di dalam Al Quran Allah telahpun memberi amaran kepada kita tentang Yahudi dan Nasara(kristian) yang tak mungkin berputus asa dari menyesatkan kita. " Dan tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasara sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka" (Al Baqarah: 120). Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Wednesday, May 6, 2009

Fatwa tentang pengguguran janin wanita yang di perkosa

Syeikh Al Azhar: Pengguguran janin wanita yang di perkosa di haruskan di sisi syara' dengan syarat wanita tersebut di pandang baik (di sisi syara') dan tidak merasa seronok dengan kejadian tersebut (pemerkosaan).

Syekh Al Azhar, Dr Muhammad Sayyed Tantawi telah mengeluarkan fatwa berkenaan dengan pengguguran janin wanita yang di perkosa dengan syarat wanita tersebut di pandang baik di sisi syara' (bukan wanita yang jalang) dan suci. Beliau juga meletakkan syarat bahawa wanita tersebut tidak merasa seronok dan menikmati pemerkosaan tersebut seperti persetubuhan secara sukarela dan sebagainya. Wanita tersebut di bolehkan menggugurkan kandungan pada minggu2 atau bulan yang awal dari proses mengandung. Ini adalah kerana menjaga kehormatan dan maruah wanita tersebut.